Friday 23 September 2011

Tirai Berlabuh di Minggu Kedua


Ringkasnya minggu ini kita meninjau apakah erti 'komunikasi' dan cuba untuk memahami model dan komponen komunikasi melalui berbagai aktiviti. Dalam Kuliah bersama pelajar Set 17 bersama pelajar FPI hari Isnin lepas, kuliah kita dimulakan dengan One-Minute Session about Islam. Saya percaya pelajar set 17 dapat mengenalpasti apakah input yang mereka telah dapati di samping memikirkan apakah cara-caranya untuk meningkatkan lagi komunikasi mereka di minggu hadapan. "One Minute Session About Islam" akan terus berlangsung dalam kuliah-kuliah yang akan datang dan semua pelajar diminta untuk bersedia. Gunakan point-point yang sama (ataupun adalah sedikit penambahan baru). Saya amat percaya anda boleh meningkat dari masa ke semasa. 

Dalam aktiviti kedua di mana seorang pelajar dipanggil ke hadapan dan menerangkan gambar untuk dilukis oleh rakan-rakan, kita cuba aplikasi dua daripada tiga model komunikasi iaitu Model Komunikasi Linear dan Model komunikasi Transaksional.

Dalam model pertama, komunikasi sehala sahaja berlaku (penghantar memberikan gambaran objek-objek yang dilihat, penerima cuba untuk melukis objek tersebut tanpa memberi peluang  untuk kemukakan pertanyaan lanjut/interaksi).Model komunikasi sehala ialah model komunikasi linear.

Setelah selesai, pensyarah meminta pelajar tadi mengulang kembali penerangan tentang objek tersebut. Bezanya pada kali ini pelajar-pelajar yang lain dibenarkan bertanya secara langsung dan serentak. Di sini didapati hasil lukisan lebih baik berbanding lukisan sebelumnya. Secara mudahnya mereka telah melaksanakan model komunikasi transaksional.

Lanjutan dari itu juga kumpulan pelajar diminta untuk memberikan dua perkara yang mereka dapati daripada pengalaman (positif dan negatif) menjalankan aktiviti kedua. Dalam sesi ini sebenarnya mereka menjalankan aktiviti komunikasi bermodelkan model komunikasi transaksional juga.  Ini kerana berlaku pengiriman dan penerimaan mesej secara berterusan dalam satu episod aktiviti komunikasi. Pelajar menyenaraikan point-point mereka, didengari oleh audience yang lain dan mereka saling menokok tambah point tersebut (pengiriman), manakala pensyarah 'menerima' dan mencatit jawapan-jawapan mereka dan bertanya mereka dengan lanjut apakah yang mereka maksudkan. Pelajar yang menerima mesej pertanyaan akan mengirim semula mesej jawapan mereka secara langsung. Model komunikasi ini melibatkan proses pengiriman dan penerimaan berjalan dengan serentak. Dalam menyenaraikan point-point tadi mereka dapat mengesan beberapa 'halangan dalam komunikasi'.

Contoh mudah untuk model komunikasi interaksional ialah ketika kita menulis dan menghantar surat,  e-mail, SMS, memo dan sebagainya. Walaupun berlaku interaksi dua-hala di antara pengirim dan penerima, proses komunikasi di antara dua pihak ini berlaku secara amat perlahan. 

Aktiviti pelajar set 7 FEP pada hari Khamis tidak kurang meriahnya. Kumpulan pelajar melebihi 90 orang dibahagikan kepada 10 kumpulan. 5 kumpulan ditugaskan untuk menjalankan persembahan manakala 5 kumpulan lagi ditugaskan untuk mencipta mind maps untuk tajuk-tajuk yang diberikan. Kedua-dua tugasan yang diberikan ada keistimewaan yang tersendiri. Umumnya mereka telah 'bekerja dalam satu pasukan', dan 'cuba menyelesaikan masalah' yang diberikan, cuba 'menghasilkan outputs yang kreatif', mengaplikasikan satu teknik iaitu 'mind mapping' yang berguna untuk proses pembelajaaran sepanjang hayat' - bukan sahaja untuk kursus PD tetapi boleh digunakan untuk kursus-kursus yang diambil di fakulti. Seterusnya mereka berdiri di hadapan kuliah dengan penuh keyakinan, berjaya mencuri hati semua, membuatkan rakan-rakan yang lain terhibur dan dapat belajar perkara-perkara baru secara serentak. 


Kumpulan 1 dikehendaki membuat persembahan/aksi mengenai  model komunikasi linear
Kumpulan 2 dikehendaki membuat aksi-aksi model komunikasi interaksional
Kumpulan 3 dikehendaki membuat aksi-aksi model komunikasi Transaksional
Kumpulan 4 dikehendaki menunjukkan aksi-aksi komunikasi bukan verbal
Kumpulan 5 dikehendaki membuat persembahan mengenai halangan-halangan dalam komunikasi

Manakala Kumpulan 6-10 ditugaskan membuat mind maps beberapa tajuk. Akhirnya tulisan-tulisan dalam buku modul dipersembahakan dalam bentuk tulisan ringkas dan visual seperti di bawah.


Jumpa lagi di minggu hadapan!


2 comments:

  1. Maaf menegur Pn. pensyarah...mind mapping yang pelajar buat ini bukan mind mapping dari acuan tony buzan. secara umumnya, ia bukanlah mind mapping. kena belajar kaedah yang betul ni. harap maklum.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas makluman tersebut. Memang diakui ia bukanlah menepati 100 peratus teknik Mind mapping Buzan.

    Terdapat lebih 5 versions mindmapping yang dihasilkan oleh pelajar ketika diberikan tugasan tersebut. Sebagai usaha pertama mereka, saya dapati para pelajar telah cuba membuat 'mind mapping dalam version mereka yang tersendiri' mengambilkira bacaan (modul yang berbahasa melayu) yang saya tahu ia sukar untuk diringkaskan, walaupun ia tidak mustahil.

    Posting video tony buzan hanyalah sebahagian kecil pendedahan awal diberikan untuk para pelajar untuk teknik mind mapping.

    Penekanan saya hanyalah persembahan maklumat daripada bertulis kepada ringkasan minda dan visual.

    Sebagai pembimbing, saya berharap para pelajar akan terus meneroka perkara baru dan tidak hanya terhad kepada satu teknik sahaja.

    ReplyDelete

Pages