Monday 19 September 2011

Minggu 2: Short Reflection - Pelajar Set 17 FPI

Assalamualaikum dan Salam Ceria! 

Kepada semua pelajar Set 17 FPI, anda semua diminta untuk menulis 1-2 baris reflection/komen/pandangan etc. berkaitan dengan apa yang anda semua telah lalui pada hari ini di dalam kuliah. 

Seringkasnya ia bertujuan untuk pelajar mengukur pencapaian mereka/apa yang dapat mereka perolehi khususnya pada minggu ini dan apakah potensi-potensi baru yang boleh dikembangkan lagi selepas ini dengan bantuan pensyarah, rakan-rakan sekumpulan dan diri anda sendiri.

Anda boleh memberikan reflection untuk kesemua aktiviti (dari One-Minute Islam Session sehinggalah ke aktiviti terakhir) ataupun salah satu aktiviti. Anda boleh menulisnya dalam ruangan komen dalam blog ini, ataupun di facebook ataupun di dalam SPIN.

Di dalam SPIN - anda klik pada ruang communication 'Discussion Board'.  Sila baca mesej yang disediakan di dalam ruangan tersebut.

Tulislah di mana-mana satu medium tersebut dan jadikan medium itu sebagai salah satu langkah / proses anda 'berkomunikasi'.

Jangan tunggu orang lain yang memulakan terlebih dahulu. Mulakan dengan dengan diri anda. 

"Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah diri anda/sikap anda, sehinggalah anda sendiri mengubahnya"

Gambar ini dirakamkan beberapa hari sebelum hari Raya Idul Fitri yang lepas. 
University of Melbourne, Australia

8 comments:

  1. Cthnya anda menjawab salah satu/sebahagian soalan berikut:

    Apa yang saya dapat pelajari hari ini?

    Apakah perasaan saya apabila selesai diberi tugas?

    Apakah tugasan aktiviti yang diberikan membebankan, rumit, ataupun ia perkara baru, menyeronokkan dsb?

    Di antara aktiviti dalam kuliah hari ini, aktiviti....yang paling mencabar/menarik/tidak disukai kerana....

    Saya fikir saya/kumpulan saya akan dapat lakukan dengan lebih baik jika...

    Saya fikir saya/kumpulan saya tidak dapat melakukan dengan baik aktiviti ... kerana...

    lain-lain komen.

    Terima Kasih semua!

    ReplyDelete
  2. pada kelas minggu ke2 saya tidak dapat menghadirkan diri. akan tetapi apa yang saya perolehi pada kelas minggu pertama adalah keberkesanan cara berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat daripada shabat melalui solan.kaedah tersebut dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada kami untuk mengenali anara satu sama lain, memandangkan itu adalah kuliah pertama kami.

    ReplyDelete
  3. pd kelas kedua, saya dapati saya masih kurang berkomunikasi. namun, saya mampu mencuba untuk terus berkomunikasi dengan lebih ramai kawan2 melalui pelbagai cara.

    ReplyDelete
  4. SALAM.

    pembelajaran dalam kelas kedua menjdikan saya lebih berani untuk berkomunikasi dengan kawan2 lain.kelas pembangunan diri ini amat penting kerana ia boleh memupuk jati diri seseorang pelajar menjadi insan yang berjaya dari segi sahsiah dan juga akademik.

    ReplyDelete
  5. salam..pembelajaran pada kali ini amat menarik minat saya untuk membentuk pembangunan diri.alhamdulillah pada hari itu,saya berpeluang untuk mengutarakan beberapa pendapat saya dalam slot one-minute islam session.saya juga merasa terhibur dengan aktiviti melukis yang tidak begitu tertumpu kepada pembelajaran secara teori sahaja malahan lebih kepada mengambil inisiatif secara amali.pendekatan yang digunakan oleh pensyarah untuk melakukan aktiviti ini memberi kefahaman kepada saya tentang cara komunikasi yang berkesan dan lebih mudah difahami.

    ReplyDelete
  6. pada minggu ke 2 saya tidak menghadiri kuliah. Apa yang saya tahu daripada rakan sekuliah kursus pembangunan diri sangat penting kepada seseorang pelajar untuk memperolehi pelbagai kemahiran insaniah untuk maju kehadapan dan sangat diperlukan untuk masa akan datang. Dimana kami harus memberanikan diri utuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah dan pensyarah-pensyarah untuk mendapatkan maklumat atau mesej untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.

    ReplyDelete
  7. salam.pembelajaran dlm kls 2 mnjdkn saya seorang yang bfikiran luas dan menggunakan pengetahuan yg sedia ada dlm aktiviti yg dlakukn.ini dpt mengukur sejauh mana pengetahuan kita terhadap islam.

    ReplyDelete
  8. salam.. alhamdulillah saya amat tertarik dengan cara sahabat2 smua mengutarakan pandangan dan idea2 yang berkesan pada slot one-minute islam session..secara tak langsung diri ini terpanggil utk lebih bijak mengasah minda utk lebih kreatif dlm berhujah mengenai islam..islam bkn sahaja di anuti malahan perlu dihayati..syukran

    ReplyDelete

Pages