Sunday, 8 January 2012

Refleksi Pelajar - 3Idiots

  • Berikut adalah di antara beberapa refleksi yang bagus dihasilkan oleh pelajar set 7 yang telah menonton filem 3 idiots. 
  • Dalam tugasan minggu ke-8 mereka diminta menonton movie tersebut kemudian membuat refleksi dengan mengaitkan pengajaran yang mereka dapati dari filem tersebut dengan realiti kehidupan dan pengalaman mereka sebagai pelajar sebuah universiti. 
  • Objektif tugasan ini ialah untuk membiasakan pelajar bersikap kritikal terhadap apa yang mereka tonton dan membuat sintesis dengan pengalaman mereka. Ini merupakan salah satu latihan dalam mengasah kemahiran berfikir secara kritis. 
  • Tulisan ringkas yang dihantar oleh pelajar meyumbang kepada markah individu dalam pemarkahan penilaian berterusan. 

      Setelah menonton filem yang diarahkan oleh puan pensyarah, saya akan mengaitkan filem berkenaan dengan diri saya. Mungkin apa yang saya tulis akan sedikit sebanyak bercanggah atau tidak berkait dengan filem 3 idoits. Hidup ini penuh dengan pelbagai cabaran dan dukaan. Adakalanya, masalah ini menyebabkan seseorang berputus asa. Bak perpatah melayu juga ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau apa yang berlaku pun, kita tidak boleh cepat kata “NO” atau tak boleh. Janganlah kita sesekali membuat perkara bodoh umpamanya menbunuh diri. Boleh saya kaitkan seseorang yang hanya bergelar sebagai insan biasa, janganlah anda cepat berputus asa walaupun anda menghadapi banyak masalah terutamanya pada permulaan jalan di universiti. Kita harus tabah menghadapi sebarang cabaran dengan kental. Maksud yang tersirat dalam beberapa ayat berkenaan ialah kadang kala saya akan berputus asa kerana tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian apabila saya melangkah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Mungkin pada permulaan saya tidak masih tidak biasa dengan alam universiti ini. Syukurlah setelah 2 bulan saya berada di sini, dapatlah saya menyusuaikan diri dan dapat berfikir dengan releven.

     Apa lagi yang mahu tulis??? Zaman telah berubah, sekarang ini banyak orang mampu memiliki segulung ijazah. Apa yang saya hendak katakan ialah kita harus memperbanyakan ilmu pengetahuan di universiti disamping menikmati alam kehidupan universiti. Pembelajaran di universiti amat berlainan di sekolah. Saya amat setuju banyak pelajar sekolah menengah yang hanya menghafal tanpa memahami sesuatu matapelajaran berkenaan. Saya juga pernah berbuat demikian. Tetapi di universiti, kita tidak boleh main hafal tanpa memahami apa yang kita pelajari. Walaupun 1 sem amat singkat untuk saya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyerap seberapa banyak ilmu yang boleh tanpa menggunakan kaedah hafalan. Dalam filem berkenaan saya terfikir bagaimanakah saya boleh melontar keluarkan sesuatu ayat atau definisi dengan tanpa mengubah langsung ayat berkenaan. Maksudnya mengambil ayat berkenaan dengan bulat bulat tanpa mengubahnya. Hal ini hanya boleh dilakukan dengan mudah jika kita mengunakan kaedah hafalan. Dahulu dalam matapelajaran pendidikan moral, semua pelajar main hafal sahaja, termasuklah saya.

     Hidup ini harus dilalui dengan gembira dan sentiasa ceria. Walaupun mula-mula bertapak di UKM, saya rasai amat kesunyian kerana hanya 4 rakan yang sama sekolah dipilih untuk meneruskan pengajian di UKM. Rakan rakan baik saya semuanya di universiti lain. Agak kurang biasa dengan keadaan ini, mungkin masih tidak kenal kawan kawan baharu, ataupun saya ini tidak pandai bersosial. Masalah ini tidak lama berlarutan kerana semua orang menghadapi masalah yang sama. Apabila hal ini telah berlaku, secara automatiknya kita akan mengenali antara satu sama lain dan akhirnya kita menjadi kawan. Saya juga setuju bahawa universiti merupakan tempat yang sesuai untuk kita bertemu dengan jodoh kita. Kalau jodoh datang apa salah kita menerima jika telah ditakdirkan oleh tuhan. Aduh tulis yang bukan bukan pula. Kita ini sedang dalam proses ke alam dewasa, mungkin ada baiknya untuk kita berkenal-kenalan, berkawan-kawan, dan mengenali antara satu sama lain.

     Proses pembelajaran haruslah menyeronokan agar kita tidak berasa bosan semasa sesi kuliah mahupun tutorial. Pensyarah dan para pelajar harus mempunyai interaksi yang baik untuk mewujudkan satu perhubungan yang akrab. Saya kaitkan dengan kehidupan universiti saya, semasa kuliah dan tutorial, hanya pensyarah yang akan bercakap, pelajar kurang membuka mulut. Apa yang sedang berlaku?? Saya rasalah pelajar masa kini termasuklah saya mempunyai satu perasaan malu untuk membuka mulut untuk bertanya walaupun adakalanya kita tidak faham. Hal ini akan merugikan kita sendiri sahaja kerana kita malu bertanya. Pelajar harus memainkan peranan penting semasa kuliah mahupun tutorial agar proses pembelajaran dan pengajaran tidak membosankan.

     Kita haruslah kreatif dalam semua benda termasuklah penciptaan barangan baharu. Walaupun saya pelajar FEP tetapi kreativiti tetap boleh diterapkan dalam sanubari saya. Mungkin agak tidak logik jika seorang pelajar busniness mencipta kapal terbang,kereta dan lain lain mekanikal yang berunsur fizik. Mungkin pelajar business boleh mencipta produk produk yang mempunyai nilai tambah kepada pengguna. Hal ini juga dipanggil kreatif dan inovatif. Dahulunya saya memang kreatif dan inovatif dalam memberikan idea terhadap business. Sebagai contoh, memberikan idea yang bernas dalam mengadakan karnival sekolah yang akan diadakan secara besar-besaran. Penjualan tiket masuk harus direka dengan kreatifnya agar dapat menarik lebih banyak orang untuk menyertai karnival berkenaan. Dapatlah saya membuat konklusinya bahawa bukan sahaja pelajar kejuruteraan mekanikal yang boleh memiliki kemahiran kreatif dan inovatif, pelajar business dan ekonomi juga dapat melakukkan.

   Tuntasnya, melalui filem 3 idoits, ia rupakan sebuah filem yang menarik,lucu dan mengembirakan saya. Walaupun saya tidak memberikan perhatian sepenuhnya dalam filem ini, tetapi saya faham akan jalan cerita ini. Filem ini telah menyebabkan saya mengimbas banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup saya. Suka duka kehidupan ini harus diharungi dengan tabah. Cabaran hidup sentiasa menanti manusia yang hidup bumi ini. Akhir kata, renungilah mutiara kata daripada Tun Mahatir Bin Mohamad, sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.

NAMA:LEE WING YOW
NO MATRIK:A137058


Saturday, 7 January 2012

Blog Pelajar - Aktiviti Minggu 11 dan 12

Berikut ialah dua blog yang disediakan oleh pelajar dari set 7 dan 17 bagi melaporkan tugasan kursus pembangunan diri yang mereka telah selesaikan pada minggu ke 11 dan 12. 

Tahniah diucapkan kepada mereka. 



Tuesday, 3 January 2012

Ulangkaji Atas Talian 10 - Teori Kepimpinan - Tret dan Konsep Litersi Maklumat/PSH

Terima Kasih Kumpulan 1, set 7! 

Modul 3

Modul 4 
Masihkah ingat kepada 3 watak utama filem 3 idiots - Ranchos, Raju dan Farhan? juga lain-lain watak rakan mereka di kolej? Mana satukah di antara individu tersebut yang menepati ciri di atas? 

Video Sehari di Putrajaya. Kump.10

Jika kumpulan 1, menjadikan aktiviti sehari di masjid universiti sebagai aktiviti khidmat sosial mereka, kumpulan 10 menganjurkan aktiviti explorasi di Putrajaya. Dipaparkan video aktiviti kumpulan 10, set 7 (FEP) yang penuh ceria. Happy watching! 

video

Monday, 2 January 2012

Ulangkaji Atas Talian 9 - Pembelajaran Sepanjang Hayat

Manusia dilahirkan tanpa maklumat dan pengetahuan. Namun dia dibekalkan dengan akal fikiran serta panca indera untuk memperolehi maklumat/ilmu. 

Pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran berterusan yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. 

Matlamat pembelajaran sepanjang hayat - seiring dengan matlamat kehidupan manusia

Bagi individu yang punya pegangan agama, matlamat PSH mereka ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah/Tuhan. 

Objektif PSH adalah untuk melahirkan insan yang: 
1) Menghayati Agama
2) Bermaruah
3) Menghargai akal
4) Menghargai nyawa dan kehidupannya
5) Menghargai harta. 

Manusia yang paling hebat ialah mereka yang mengenal siapakah yang telah menciptanya, selain mengetahui tentang makhluk ataupun alam di sekelilingnya. 

Jadi, bagaimanakah konsep pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan. Fikir sebentar pengalaman anda yang lepas, ataupun pengalaman mereka yang rapat dengan anda dalam usaha mereka mencari ilmu dan maklumat untuk peribadi, pembangunan profesional serta potensi mereka menjadi seorang/individu yang hebat, menyumbang ataupun berjasa kepada keluarga, dan masyarakatnya.


Ulangkaji Atas Talian 8 - Penyelesaian Masalah Menurut Perspektif Islam

Tugasan di bawah disediakan oleh pelajar Set 17, FPI setelah mereka menonton filem Dalam Mihrab Cinta. 



NAMA AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD AIRIL RIZMAN BIN IZHAR
A 137097

MOHAMAD SHARIFUZ ZULFADLI BIN KAMARUDIN
A 137938

AHMAD FAATHIN BIN MOHD FADZIL
A 137199

MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN ALI
A 135797

MUHAMMAD SYAHMI FARHAN BIN ABD. MAJID
A 135862

MUHAMMAD ZAID BIN ZURAIMI
A 135807

NO KUMPULAN:
14

Penyelesaian Masalah Mengikut Islam
(Dalam Mihrab Cinta)

Tauhid

Kepercayaan dan keyakinan yang utuh oleh Syamsul kepada Allah bahawa Allah pasti akan tunjukkan jalan kepadanya untuk berubah walaupun dalam perjalanan akan dihadapi cabaran dan dugaan. Walaupun beliau mencuri, namun dalam hatinya beliau masih lagi ada iman dan keyakinan kepada Allah yang Allah akan tunjukkan jalan kepadanya. Dengan keyakinan dan keimanannya itu, maka akhirnya ditaqdirkan Allah beliau akhirnya berubah kembali menjadi soleh bahkan Iebih soleh berbangding dahulu.

Selain itu boleh juga dilihat pada babak awal filem ini semasa Syamsul dituduh mencuri oleh Burhan. Setelah disabitkan kesalahan, Syamsul berkata "Allah lihat, Allah tidak buta, Allah tidak tuli." dan beliau yakin bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya serta akan mengungkap kebatilan yang telah berlaku dan hal ini terbukti apabila kebenaran akhirnya didedahkan bahawa Burhan adalah dalang yang sebenarnya.
Boleh juga dilihat apabila Syamsul berjaya menjadi ustaz, Allah telah mentaqdirkannya untuk menjadi imam bahkan disanjung tinggi oleh masyarakat sebagai seorang alim dan soleh bahkan Allah telah tunjukkan jalan kepadanya untuk bertaubat dengan tidak memberikannya ruang-ruang lagi untuk melakukan kesalahan.
InsyaAllah, saya akan jadi jahat”. Bunyinya seperti aneh, tapi buat jahat jangan malu mengingati Tuhan. Seperti watak Syamsul, walaupun sedang membuat kejahatan, sentiasa berusaha melakukan kebaikan. Biar orang kata dah macam-macam, tapi kebaikan-kebaikan tetap harus dilakukan. Sentiasa berusaha membuat kebaikan. Kerana fitrah hati yang ingat tuhan, akan sedar setiap kesalahan. Mungkin akan sampai suatu masa nanti, kita bertaubat daripada segala kejahatan.
Syariah          


Antara yang boleh dilihat dari sudut ini ialah semasa Syamsul telah dituduh mencuri dan dibuktikan kesalahannya. Pihak pesantren atau pondok telah mengenakan hukuman ta'zir kepadanya dimana ta'zir merupakan salah satu daripada hukuman yang telah disyariatkan didalam Islam untuk pemerintah bagi menjaga kemaslahatan umum. Walaupun hudud tidak dijalankan namun hukuman ta'zir dikenakan untuk memberi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan tersebut.
Selain itu juga, penyelesaian masalah menurut syariat Islam boleh dilihat semasa Syamsul telah melakukan sumpah dengan nama Allah untuk menegakkan kebenaran. Walaupun pada hakikatnya sumpah yang dilakukannya itu adalah sumpah 'ila, namun sumpahnya boleh dikaitkan dengan sumpah kebenaran yang merupakan antara sumpah yang diharuskan untuk syara' untuk menegakkan kebenaran.

Sufi  

Antara penyelesaian masalah dari aspek ini boleh dilihat semasa Syamsul mengetahui bahawa Silvy adalah tunang kepada Burhan. Sememangnya timbul dalam hatinya untuk membalas dendam namun beliau tidak meneruskan niatnya itu bahkan hanya terus mendekati Silvy untuk memberi amaran dan pringatan kepadanya. lni adalah antara sifat yang terpuji dimana Syamsul tidak terburu-buru ikutkan hati dan perasaannya untuk membalas dendam bahkan hanya bertindak untuk menghentikan kejahatan yang dilakukan oleh Burhan.

Kesabaran yang tinggi boleh dilihat semasa Burhan telah hadir ke kawasan perumahan yang menjadi tempat penginapan dan tempat Syamsul mencari rezeki. Walaupun Burhan datang dan telah mengecam dan menghina Syamsul namun Syamsul tetap bersabar dan menahan amarahnya daripada dilepaskan. Ini juga merupakan salah satu daripada cara penyelesaian menurut sufi dimana andai ditimpa musibah hendaklah sentiasa bersabar dan redha atas ketentuanNya. 

Penyelesaian masalah secara sufi boleh juga dilihat terhadap Yanti semasa mengetahui sifat dan peribadi sebenar Burhan. Walaupun beliau kecewa namun Yanti tetap redha dan yakin bahawa Allah menghendaki kebaikan keatasnya dengan hal kejadian tersebut dan yakin bahawa Allah akan menggantikan bagi dirinya seorang lelaki yang lebih baik daripada Burhan. Jelas dilihat disini konsep redha, keyakinan dan ikhlas kepada Allah didalam hidup.

Penyelesaian masalah juga apabila Syamsul yang baik  menjaga maruah dan kehormatan Yanti. Tidak kira bagaimana cara dan situasinya, perlu memikirkan cara untuk mengelak dari mendekati wanita. Kerana mungkin wanita itu ‘kuat’, tapi mungkin juga wanita itu ‘lemah’. Jadi jangan ambil risiko mencairkan hati secara tak sengaja. Ini juga menunjukkan perlulah yakin akan jodoh yang mana terletak ditangan Tuhan.

Ulangkaji Atas Talian 5 - Pemikiran Kritis


Apakah definisi pemikiran kritis? 
Apakah ciri-cirinya? dan Bagaimanakah sikap seorang pemikir yang kritis?

Apakah kelebihan seseorang yang berfikir secara kritis? 

Terima Kasih kumpulan 2 kerana menyediakan slides yang kreatif dan warna-warni!

Ulangkaji Atas Talian 4 - Konsep Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)


Refleksi filem 3 Idiots dan 
Konsep Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Pelajar - Siti Aisyah Syazwina Wan Sagar         
Set 7 FEP

Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu hasil pembelajaran yang mampu membuatkan kita merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, mampu meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah sendiri, dan mampu mengumpulkan dan mengurus  maklumat secara kendiri. 

Pengurusan Maklumat merupakan satu pembelajaran yang kita akan belajar sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru. 

PSH ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi sendiri. 

Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu mengusai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup.

Melalui cerita 3 Idiots yang ditonton, banyak contoh hasil pembelajaran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang ditonjolkan dan diaplikasikan dalam cerita ini yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam setiap watak dalam cerita ini kita dapat melihat kelainan pengajaran yang ingin ditonjolkan, contohnya dalam memperolehi maklumat dan ilmu, kita harus membentuk sikap positif dalam diri kita dan menggunakan teknik yang betul, contohnya Rancchoddas Chanchad sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah dirinya dan dalam menuntut ilmu, walaupun dia dihalang dari menghadiri kelas, namun dia tidak berputus asa dan menghadiri kelas yang lain kerana baginya ilmu boleh diperolehi dimana sahaja. 

Raju Rastogi pula dalam cerita ini merupakan seorang yang tidak yakin pada dirinya sendiri, dia sentiasa belajar dalam keadaan stress menyebabkan persahabatan mereka terjejas seketika. Teknik pembelajaran Raju tidak harus diamalkan kerana ini akan memberi keburukan sampingan kepada kita pada masa hadapan.

Teknik yang boleh diamalkan oleh Raju ialah bekerja atau belajar secara kumpulan. Teknik ini mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan tanpa stress kerana sumbangan idea daripada pelbagai pihak. 

Farhan Qureshi pula merupakan anak yang taat kepada ibu bapa sehingga sanggup melupakan minat yang mendalam terhadap bidang penggambaran. Namun sesuatu yang tidak diminati tidak akan dapat memberi kepuasan melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh. 

Proses literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat berpotensi meningkatkan peluang untuk mencari dan memperoleh pekerjaan yang memuaskan, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan membuat keputusan yang bijak dalam menangani masalah.

Dalam cerita ini terlalu banyak pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi, namun dapat saya simpulkan secara keseluruhan, pembelajaran sepanjang hayat memerlukan kita mengenali diri, merancang untuk belajar, memahami cara belajar dan penilaian pembelajaran. Sikap ini semua sememangnya ditonjolkan oleh Rancchoddas Chanchad dari awal sehingga ke akhir cerita.

Ulangkaji Atas Talian 3 - Model Kepimpinan (Teori Tingkah Laku)

Terima Kasih banyak Kumpulan 8! 






Ulangkaji Atas Talian 1 - Model Komunikasi



Berikut ialah slides yang disediakan oleh kumpulan 6 dan 4 sewaktu menyempurnakan salah satu tugasan yang diberikan dalam minggu ke-10. 

Kumpulan mereka telah menyediakan nota ringkas mengenai model-model komunikasi.

Terima Kasih Semua!






Halangan Dalam Komunikasi




Video Aktiviti Pelajar. Kumpulan 1 Set 7 FEP

Berikut ialah aktiviti khidmat masyarakat yang yang telah dipilih oleh ahli kumpulan Satu (set 7, FEP). bagi memenuhi tugasan pada minggu 11 dan 12. Mereka telah mencurahkan keringat dan idea untuk menjayakan aktiviti yang ringkas dan santai tetapi signifikan untuk kumpulan mereka dan alam persekitaran universiti. 

Untuk menjayakan aktiviti gotong royong di masjid universiti, pelbagai kemahiran personal, inter-personal  dan lain-lain kemahiran insaniah yang dipelajari dalam kursus Pembangunan Diri telah diaplikasikan samada sewaktu perbincangan bersama kumpulan dan institusi masjid, sewaktu menjalankan aktiviti yang dirancang dan ketika menyiapkan laporan bertulis dan video ini.

Video yang mereka hasilkan ini merupakan salah satu teknik ahli kumpulan ini berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat dan berkongsi pengalaman mereka sewaktu menjalankan tugasan tersebut. 

Nama-nama ahli kumpulan ini adalah seperti yang dimuatkan di dalam video ini. (sila pilih full screen option untuk video tersebut dengan lebih dekat) Happy watching indeed! 

video

Ulangkaji Atas Talian 2 - Ciri-ciri dan Kelebihan Pemikiran Ktitis

Berikut ialah poster yang disediakan oleh ahli kumpulan 9 yang meringkaskan elemen, ciri-ciri dan kelebihan/kepentingan memiliki kemahiran pemikiran kritis.


Ahli kumpulan 9 - raja nur izni, nor nafisah, nadia husna, norain syuhadah, salina, nurin hazirah, nur izzah, siti nur ezzatty amani, siti fatimah.

Pages