Sunday 8 January 2012

Refleksi Pelajar - 3Idiots

  • Berikut adalah di antara beberapa refleksi yang bagus dihasilkan oleh pelajar set 7 yang telah menonton filem 3 idiots. 
  • Dalam tugasan minggu ke-8 mereka diminta menonton movie tersebut kemudian membuat refleksi dengan mengaitkan pengajaran yang mereka dapati dari filem tersebut dengan realiti kehidupan dan pengalaman mereka sebagai pelajar sebuah universiti. 
  • Objektif tugasan ini ialah untuk membiasakan pelajar bersikap kritikal terhadap apa yang mereka tonton dan membuat sintesis dengan pengalaman mereka. Ini merupakan salah satu latihan dalam mengasah kemahiran berfikir secara kritis. 
  • Tulisan ringkas yang dihantar oleh pelajar meyumbang kepada markah individu dalam pemarkahan penilaian berterusan. 

      Setelah menonton filem yang diarahkan oleh puan pensyarah, saya akan mengaitkan filem berkenaan dengan diri saya. Mungkin apa yang saya tulis akan sedikit sebanyak bercanggah atau tidak berkait dengan filem 3 idoits. Hidup ini penuh dengan pelbagai cabaran dan dukaan. Adakalanya, masalah ini menyebabkan seseorang berputus asa. Bak perpatah melayu juga ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau apa yang berlaku pun, kita tidak boleh cepat kata “NO” atau tak boleh. Janganlah kita sesekali membuat perkara bodoh umpamanya menbunuh diri. Boleh saya kaitkan seseorang yang hanya bergelar sebagai insan biasa, janganlah anda cepat berputus asa walaupun anda menghadapi banyak masalah terutamanya pada permulaan jalan di universiti. Kita harus tabah menghadapi sebarang cabaran dengan kental. Maksud yang tersirat dalam beberapa ayat berkenaan ialah kadang kala saya akan berputus asa kerana tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian apabila saya melangkah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Mungkin pada permulaan saya tidak masih tidak biasa dengan alam universiti ini. Syukurlah setelah 2 bulan saya berada di sini, dapatlah saya menyusuaikan diri dan dapat berfikir dengan releven.

     Apa lagi yang mahu tulis??? Zaman telah berubah, sekarang ini banyak orang mampu memiliki segulung ijazah. Apa yang saya hendak katakan ialah kita harus memperbanyakan ilmu pengetahuan di universiti disamping menikmati alam kehidupan universiti. Pembelajaran di universiti amat berlainan di sekolah. Saya amat setuju banyak pelajar sekolah menengah yang hanya menghafal tanpa memahami sesuatu matapelajaran berkenaan. Saya juga pernah berbuat demikian. Tetapi di universiti, kita tidak boleh main hafal tanpa memahami apa yang kita pelajari. Walaupun 1 sem amat singkat untuk saya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyerap seberapa banyak ilmu yang boleh tanpa menggunakan kaedah hafalan. Dalam filem berkenaan saya terfikir bagaimanakah saya boleh melontar keluarkan sesuatu ayat atau definisi dengan tanpa mengubah langsung ayat berkenaan. Maksudnya mengambil ayat berkenaan dengan bulat bulat tanpa mengubahnya. Hal ini hanya boleh dilakukan dengan mudah jika kita mengunakan kaedah hafalan. Dahulu dalam matapelajaran pendidikan moral, semua pelajar main hafal sahaja, termasuklah saya.

     Hidup ini harus dilalui dengan gembira dan sentiasa ceria. Walaupun mula-mula bertapak di UKM, saya rasai amat kesunyian kerana hanya 4 rakan yang sama sekolah dipilih untuk meneruskan pengajian di UKM. Rakan rakan baik saya semuanya di universiti lain. Agak kurang biasa dengan keadaan ini, mungkin masih tidak kenal kawan kawan baharu, ataupun saya ini tidak pandai bersosial. Masalah ini tidak lama berlarutan kerana semua orang menghadapi masalah yang sama. Apabila hal ini telah berlaku, secara automatiknya kita akan mengenali antara satu sama lain dan akhirnya kita menjadi kawan. Saya juga setuju bahawa universiti merupakan tempat yang sesuai untuk kita bertemu dengan jodoh kita. Kalau jodoh datang apa salah kita menerima jika telah ditakdirkan oleh tuhan. Aduh tulis yang bukan bukan pula. Kita ini sedang dalam proses ke alam dewasa, mungkin ada baiknya untuk kita berkenal-kenalan, berkawan-kawan, dan mengenali antara satu sama lain.

     Proses pembelajaran haruslah menyeronokan agar kita tidak berasa bosan semasa sesi kuliah mahupun tutorial. Pensyarah dan para pelajar harus mempunyai interaksi yang baik untuk mewujudkan satu perhubungan yang akrab. Saya kaitkan dengan kehidupan universiti saya, semasa kuliah dan tutorial, hanya pensyarah yang akan bercakap, pelajar kurang membuka mulut. Apa yang sedang berlaku?? Saya rasalah pelajar masa kini termasuklah saya mempunyai satu perasaan malu untuk membuka mulut untuk bertanya walaupun adakalanya kita tidak faham. Hal ini akan merugikan kita sendiri sahaja kerana kita malu bertanya. Pelajar harus memainkan peranan penting semasa kuliah mahupun tutorial agar proses pembelajaran dan pengajaran tidak membosankan.

     Kita haruslah kreatif dalam semua benda termasuklah penciptaan barangan baharu. Walaupun saya pelajar FEP tetapi kreativiti tetap boleh diterapkan dalam sanubari saya. Mungkin agak tidak logik jika seorang pelajar busniness mencipta kapal terbang,kereta dan lain lain mekanikal yang berunsur fizik. Mungkin pelajar business boleh mencipta produk produk yang mempunyai nilai tambah kepada pengguna. Hal ini juga dipanggil kreatif dan inovatif. Dahulunya saya memang kreatif dan inovatif dalam memberikan idea terhadap business. Sebagai contoh, memberikan idea yang bernas dalam mengadakan karnival sekolah yang akan diadakan secara besar-besaran. Penjualan tiket masuk harus direka dengan kreatifnya agar dapat menarik lebih banyak orang untuk menyertai karnival berkenaan. Dapatlah saya membuat konklusinya bahawa bukan sahaja pelajar kejuruteraan mekanikal yang boleh memiliki kemahiran kreatif dan inovatif, pelajar business dan ekonomi juga dapat melakukkan.

   Tuntasnya, melalui filem 3 idoits, ia rupakan sebuah filem yang menarik,lucu dan mengembirakan saya. Walaupun saya tidak memberikan perhatian sepenuhnya dalam filem ini, tetapi saya faham akan jalan cerita ini. Filem ini telah menyebabkan saya mengimbas banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup saya. Suka duka kehidupan ini harus diharungi dengan tabah. Cabaran hidup sentiasa menanti manusia yang hidup bumi ini. Akhir kata, renungilah mutiara kata daripada Tun Mahatir Bin Mohamad, sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.

NAMA:LEE WING YOW
NO MATRIK:A137058


No comments:

Post a Comment

Pages