Monday 2 January 2012

Ulangkaji Atas Talian 4 - Konsep Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)


Refleksi filem 3 Idiots dan 
Konsep Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Pelajar - Siti Aisyah Syazwina Wan Sagar         
Set 7 FEP

Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu hasil pembelajaran yang mampu membuatkan kita merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, mampu meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah sendiri, dan mampu mengumpulkan dan mengurus  maklumat secara kendiri. 

Pengurusan Maklumat merupakan satu pembelajaran yang kita akan belajar sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru. 

PSH ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi sendiri. 

Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu mengusai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup.

Melalui cerita 3 Idiots yang ditonton, banyak contoh hasil pembelajaran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang ditonjolkan dan diaplikasikan dalam cerita ini yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam setiap watak dalam cerita ini kita dapat melihat kelainan pengajaran yang ingin ditonjolkan, contohnya dalam memperolehi maklumat dan ilmu, kita harus membentuk sikap positif dalam diri kita dan menggunakan teknik yang betul, contohnya Rancchoddas Chanchad sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah dirinya dan dalam menuntut ilmu, walaupun dia dihalang dari menghadiri kelas, namun dia tidak berputus asa dan menghadiri kelas yang lain kerana baginya ilmu boleh diperolehi dimana sahaja. 

Raju Rastogi pula dalam cerita ini merupakan seorang yang tidak yakin pada dirinya sendiri, dia sentiasa belajar dalam keadaan stress menyebabkan persahabatan mereka terjejas seketika. Teknik pembelajaran Raju tidak harus diamalkan kerana ini akan memberi keburukan sampingan kepada kita pada masa hadapan.

Teknik yang boleh diamalkan oleh Raju ialah bekerja atau belajar secara kumpulan. Teknik ini mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan tanpa stress kerana sumbangan idea daripada pelbagai pihak. 

Farhan Qureshi pula merupakan anak yang taat kepada ibu bapa sehingga sanggup melupakan minat yang mendalam terhadap bidang penggambaran. Namun sesuatu yang tidak diminati tidak akan dapat memberi kepuasan melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh. 

Proses literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat berpotensi meningkatkan peluang untuk mencari dan memperoleh pekerjaan yang memuaskan, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan membuat keputusan yang bijak dalam menangani masalah.

Dalam cerita ini terlalu banyak pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi, namun dapat saya simpulkan secara keseluruhan, pembelajaran sepanjang hayat memerlukan kita mengenali diri, merancang untuk belajar, memahami cara belajar dan penilaian pembelajaran. Sikap ini semua sememangnya ditonjolkan oleh Rancchoddas Chanchad dari awal sehingga ke akhir cerita.

No comments:

Post a Comment

Pages