Monday 2 January 2012

Ulangkaji Atas Talian 9 - Pembelajaran Sepanjang Hayat

Manusia dilahirkan tanpa maklumat dan pengetahuan. Namun dia dibekalkan dengan akal fikiran serta panca indera untuk memperolehi maklumat/ilmu. 

Pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran berterusan yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. 

Matlamat pembelajaran sepanjang hayat - seiring dengan matlamat kehidupan manusia

Bagi individu yang punya pegangan agama, matlamat PSH mereka ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah/Tuhan. 

Objektif PSH adalah untuk melahirkan insan yang: 
1) Menghayati Agama
2) Bermaruah
3) Menghargai akal
4) Menghargai nyawa dan kehidupannya
5) Menghargai harta. 

Manusia yang paling hebat ialah mereka yang mengenal siapakah yang telah menciptanya, selain mengetahui tentang makhluk ataupun alam di sekelilingnya. 

Jadi, bagaimanakah konsep pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan. Fikir sebentar pengalaman anda yang lepas, ataupun pengalaman mereka yang rapat dengan anda dalam usaha mereka mencari ilmu dan maklumat untuk peribadi, pembangunan profesional serta potensi mereka menjadi seorang/individu yang hebat, menyumbang ataupun berjasa kepada keluarga, dan masyarakatnya.


No comments:

Post a Comment

Pages