Friday 28 October 2011

Set 7 - FEP - Aktiviti Minggu Ke-8


Hanya untuk pelajar set 7 - FEP 

Anda dikehendaki menonton filem 3 idiots, sebuah filem yang mengisahkan dunia pengajian pelajar di sebuah universiti ternama. 

Sebagai tugasannya ialah, setelah menontonnya sehingga selesai anda dikehendaki menulis refleksi sekurang-kurangnya 200 patah perkataan, (ditaip) mengenai filem berkenaan dan apakah yang anda rasai/fikirkan setelah menontonnya. Sewaktu membuat refleksi ini kaitkan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan ciri-ciri seorang life-long learner yang punya self-motivation dan self-direction. 

Kaitkan dengan diri anda sebagai seorang pelajar universiti! (penting)

Sebagai panduan untuk menulis refleksi - anda perlulah memasukkan semua elemen berikut dalam deskripsi (description) anda.  

1) Penerangan ringkas mengenai filem tersebut. 
2) Penerangan ringkas mengenai apakah yang anda ataupun rakan-rakan anda rasai setelah menonton filem berkenaan. 
3) Pandangan anda secara kritikal terhadap filem tersebut dengan mengaitkannya dengan dunia universiti dan pelajar. 
4) Anda dikehendaki mensintesis dan membuat pertimbangan di antara perkara-perkara yang anda dapati / tonton. 
5) Rumusan, apakah yang anda telah pelajari lain dari yang lain melalui filem berkenaan. 

Bagi pelajar yang kurang berminat denga filem di atas, saya cadangkan filem Dead Poet Society sebagai pilihan lain.

Tugasan - Individu 
Sila tulis nama (no matrik dan no.telefon) hantar ke email pensyarah. 

Deadline - 14 November 2011 - sebelum jam 11.00 pagi. (hantar awal digalakkan) 

2 comments:

  1. puan,tugasan ini berapa percent markah yg diperuntukkan?

    ReplyDelete
  2. Tugasan ini akan menggantikan markah kuiz yang sepatutnya diambil oleh para pelajar pada minggu 8.

    Markah penuh tugasan ini ialah 5 Markah bagi menyumbang keseluruhan pemarkahan penilaian berterusan.

    ReplyDelete

Pages