Wednesday 16 November 2011

Minggu ke-9: Tugasan Aktiviti Untuk Pelajar Set 7 FEP

Assalamualaikum dan Selamat tengahari! 

Belum terlewat untuk mengucapkan selamat kembali ke kampus buat semua dan kepada yang tidak pulang ke kampung/negeri sewaktu cuti yang lepas, saya percaya anda telah memanfaatkan cuti tersebut dengan kerehatan dan pelbagai aktiviti. Kepada yang sempat balik kampung, tentu ia kepulangan yang bermakna setelah lama tidak kembali!

Untuk minggu ini ada Dua Aktiviti untuk diselesaikan dalam tempoh 2 jam. Saya berharap, para pelajar dapat bertemu seperti biasa esok Khamis jam 5-7 pm dan gunakan slot kuliah kursus untuk menyelesaikan latihan dalam pasukan yang diberikan. 

Setiap kumpulan perlulah membaca modul 4 - Pengurusan maklumat hal 101-108 sebelum ke kuliah/sebelum memulakan aktiviti yang diberikan. Gunakan kesempatan 15 minit terawal untuk membincangkan modul ke-4 di atas dan mulakan dengan aktiviti. 

Perincian tugasan diberikan kepada setiap pelajar melalui email seperti yang didaftarkan dengan SPIN. Saya berharap anda dapat menyemak email masing-masing sebelum kuliah esok. 

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. saya xdapat email pon, puan!!

    ReplyDelete
  2. saya pun... minggu ini macam mana??? apa program minggu ini

    ReplyDelete
  3. Saya sudah email kpd bbrp org pelajar dlm set 7 supaya mrk kongsi tugasan tersebut dgn ahli kumpulan dan rakan-rakan.

    Saya juga telah upload tugasan itu ke SPIN - ruangan forum - sila semak attachment yg dihantar.

    t-kasih

    ReplyDelete
  4. berkaitan email - mungkin ada masalah dlm SPIN menyebabkan anda tidak terima email.

    Saya minta agar pelajar yang tidak juga terima apa-apa email pengumuman dari saya agar membuat semakan untuk mengenalpasti adakah email yang anda daftar untuk SPIN UKM itu betul/email lama/tidak lagi berfungsi.

    Ini kerana ada pelajar yang telah terima email/pengumuman yang saya hantar/dan ada yang telahpun hantar tugasan kumpulan mereka.

    ReplyDelete

Pages