Monday 2 January 2012

Ulangkaji Atas Talian 8 - Penyelesaian Masalah Menurut Perspektif Islam

Tugasan di bawah disediakan oleh pelajar Set 17, FPI setelah mereka menonton filem Dalam Mihrab Cinta. 



NAMA AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD AIRIL RIZMAN BIN IZHAR
A 137097

MOHAMAD SHARIFUZ ZULFADLI BIN KAMARUDIN
A 137938

AHMAD FAATHIN BIN MOHD FADZIL
A 137199

MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN ALI
A 135797

MUHAMMAD SYAHMI FARHAN BIN ABD. MAJID
A 135862

MUHAMMAD ZAID BIN ZURAIMI
A 135807

NO KUMPULAN:
14

Penyelesaian Masalah Mengikut Islam
(Dalam Mihrab Cinta)

Tauhid

Kepercayaan dan keyakinan yang utuh oleh Syamsul kepada Allah bahawa Allah pasti akan tunjukkan jalan kepadanya untuk berubah walaupun dalam perjalanan akan dihadapi cabaran dan dugaan. Walaupun beliau mencuri, namun dalam hatinya beliau masih lagi ada iman dan keyakinan kepada Allah yang Allah akan tunjukkan jalan kepadanya. Dengan keyakinan dan keimanannya itu, maka akhirnya ditaqdirkan Allah beliau akhirnya berubah kembali menjadi soleh bahkan Iebih soleh berbangding dahulu.

Selain itu boleh juga dilihat pada babak awal filem ini semasa Syamsul dituduh mencuri oleh Burhan. Setelah disabitkan kesalahan, Syamsul berkata "Allah lihat, Allah tidak buta, Allah tidak tuli." dan beliau yakin bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya serta akan mengungkap kebatilan yang telah berlaku dan hal ini terbukti apabila kebenaran akhirnya didedahkan bahawa Burhan adalah dalang yang sebenarnya.
Boleh juga dilihat apabila Syamsul berjaya menjadi ustaz, Allah telah mentaqdirkannya untuk menjadi imam bahkan disanjung tinggi oleh masyarakat sebagai seorang alim dan soleh bahkan Allah telah tunjukkan jalan kepadanya untuk bertaubat dengan tidak memberikannya ruang-ruang lagi untuk melakukan kesalahan.
InsyaAllah, saya akan jadi jahat”. Bunyinya seperti aneh, tapi buat jahat jangan malu mengingati Tuhan. Seperti watak Syamsul, walaupun sedang membuat kejahatan, sentiasa berusaha melakukan kebaikan. Biar orang kata dah macam-macam, tapi kebaikan-kebaikan tetap harus dilakukan. Sentiasa berusaha membuat kebaikan. Kerana fitrah hati yang ingat tuhan, akan sedar setiap kesalahan. Mungkin akan sampai suatu masa nanti, kita bertaubat daripada segala kejahatan.
Syariah          


Antara yang boleh dilihat dari sudut ini ialah semasa Syamsul telah dituduh mencuri dan dibuktikan kesalahannya. Pihak pesantren atau pondok telah mengenakan hukuman ta'zir kepadanya dimana ta'zir merupakan salah satu daripada hukuman yang telah disyariatkan didalam Islam untuk pemerintah bagi menjaga kemaslahatan umum. Walaupun hudud tidak dijalankan namun hukuman ta'zir dikenakan untuk memberi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan tersebut.
Selain itu juga, penyelesaian masalah menurut syariat Islam boleh dilihat semasa Syamsul telah melakukan sumpah dengan nama Allah untuk menegakkan kebenaran. Walaupun pada hakikatnya sumpah yang dilakukannya itu adalah sumpah 'ila, namun sumpahnya boleh dikaitkan dengan sumpah kebenaran yang merupakan antara sumpah yang diharuskan untuk syara' untuk menegakkan kebenaran.

Sufi  

Antara penyelesaian masalah dari aspek ini boleh dilihat semasa Syamsul mengetahui bahawa Silvy adalah tunang kepada Burhan. Sememangnya timbul dalam hatinya untuk membalas dendam namun beliau tidak meneruskan niatnya itu bahkan hanya terus mendekati Silvy untuk memberi amaran dan pringatan kepadanya. lni adalah antara sifat yang terpuji dimana Syamsul tidak terburu-buru ikutkan hati dan perasaannya untuk membalas dendam bahkan hanya bertindak untuk menghentikan kejahatan yang dilakukan oleh Burhan.

Kesabaran yang tinggi boleh dilihat semasa Burhan telah hadir ke kawasan perumahan yang menjadi tempat penginapan dan tempat Syamsul mencari rezeki. Walaupun Burhan datang dan telah mengecam dan menghina Syamsul namun Syamsul tetap bersabar dan menahan amarahnya daripada dilepaskan. Ini juga merupakan salah satu daripada cara penyelesaian menurut sufi dimana andai ditimpa musibah hendaklah sentiasa bersabar dan redha atas ketentuanNya. 

Penyelesaian masalah secara sufi boleh juga dilihat terhadap Yanti semasa mengetahui sifat dan peribadi sebenar Burhan. Walaupun beliau kecewa namun Yanti tetap redha dan yakin bahawa Allah menghendaki kebaikan keatasnya dengan hal kejadian tersebut dan yakin bahawa Allah akan menggantikan bagi dirinya seorang lelaki yang lebih baik daripada Burhan. Jelas dilihat disini konsep redha, keyakinan dan ikhlas kepada Allah didalam hidup.

Penyelesaian masalah juga apabila Syamsul yang baik  menjaga maruah dan kehormatan Yanti. Tidak kira bagaimana cara dan situasinya, perlu memikirkan cara untuk mengelak dari mendekati wanita. Kerana mungkin wanita itu ‘kuat’, tapi mungkin juga wanita itu ‘lemah’. Jadi jangan ambil risiko mencairkan hati secara tak sengaja. Ini juga menunjukkan perlulah yakin akan jodoh yang mana terletak ditangan Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Pages